Magen David Adom Bintang_Daud

Jata Magen David Adom

Magen David Adom (MDA) (Bintang Daud Merah atau, terjemahan harafiahnya, Perisai Merah Daud) adalah satu-satunya lambang bagi menunjukkan perkhidmatan bantuan perubatan ketika berlakunya darurat, kecelakaan dan kesakitan. Juga digunakan sebagai simbol khidmat kesihatan dan perubatan Israel. Lambang ini digunakan di klinik, hospital dan ambulan di Israel. Pertubuhan Magen David Adom juga merupakan salah satu dari anggota rasmi Persatuan Palang Merah dan Bulan Sabit Merah Antarabangsa.